rasa nostalgik sesuatu yang fitrah,
terbit dari kerinduan yg cukup mendalam
hingga masih membekaskan kesan
walau musim laju beredar dan berjalan.
tapi nostalgik hanya sekadar lalu seketika,
jangan hingga membebankan pemilik jiwa,
jangan hingga memberatkan kaki-kaki dari melangkah kehadapan,
kerana kita perlu terus menongkah arus dalam perjalanan panjang
walau belum nampak kesudahan,
jangan hingga membebalkan otak-otak dari memerah
terus menerus dalam perjuangan,
walau belum nampak kejayaan.
jadikan bibit-bibit nostalgik sekadar melepas rasa,
rindu yang terpendam buat seketika,
selepas kau surahkannya,
genggam nostalgik di dalam lubuk hati,
atau kau hembuskan
bagai api yang membakar,
kerna rindu yang abadi datang dari sebuah epik yang mencapai kejayaan.
teruskan berjuang.
Post a Comment