hemisfera

posted by anak posmen chemor | Labels: , | Posted On Wednesday, July 21, 2010 at 5:00 PM


aku faham kenapa perlu menjauhi hemisfera yang satu,
bukan kerana aku takut,
yang sudah diukirkan sudah,
yang lepas jangan disurahkan kembali.

kerana aku pingin melupakan,
rasa jauh yang abadi.

kerana aku rindukan halaman,
yang lebih kekal bahagia.

hari-harinya dipenuhi kemelesetan,
berat dan susah,
hingga dia tidak sedar sekelilingnya,
melupakan siapa dan apa dan kenapa dan bila.

tidak banyak lagi hari yang dijanjikan oleh Mu,
aku sedar kalimat manusia sang ahli,
cuma doaku sama sehari-hari.

sebagaimana hari sebelumnya,
dan hari-hari sebelumnya,
lindungilah hatinya tuhanku,
kasihilah dirinya tuhanku,
rahmatilah penghidupannya tuhanku,
ampunilah salah silapnya,
pimpinlah dia dengan kasih sayang Mu yang Maha Luas.

untuk hari esok, dan selamanya.

Comments:

There are 0 yang membina for hemisfera

Post a Comment