Sejarah Penanaman Getah di Tanah Melayu.

posted by anak posmen chemor | Labels: , | Posted On Monday, June 20, 2011 at 7:03 AM


Pihak British ketika di Tanah Melayu memberikan penekanan terhadap sektor pertanian yang berasaskan eksport. Pertanian komersial dianggap sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British pada zaman sebelum merdeka. Antara tanaman komersial yang digalakkan oleh British di Tanah Melayu, termasuk Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 termasuklah ubi kayu, tebu, lada hitam, gambir, tembakau dan kopi. Pada abad ke-20, pemodal British telah mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.

Pokok getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli. Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 30 meter. Lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang membentuk 30 darjah pada ufuk.

Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan boleh dilakukan: goresan-goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks, dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks. Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazonia. Peningkatan permintaan dan jumpaan proses pemvulkanan pada tahun 1839 mendorong perkembangan yang pesat di kawasan tersebut, mengayakan bandar Manaus dan Belem. Nama pokok ini diambil daripada Para, negeri Brazil yang termasuk Belem.

Terdapat juga cubaan dilakukan pada 1873 untuk menanam getah di luar Brazil. Selepas berusaha, dua belas tunas tumbuh di Kebun Bunga Botani Diraja Kew. Pokok-pokok itu kemudian dihantar ke India untuk ditanam tetapi gagal. Percubaan kedua dilakukan dengan sekitar 70,000 benih dihantar ke Kew pada tahun 1875. Sekitar 4% daripada benih-benih itu bertunas, dan pada tahun 1876, sekitar 2,000 anak pokok dihantar, dalam kes Wardian, ke Sri Lanka, dan 22 dihantar ke Kebun Bunga Botani di Singapura. Apabila berjaya ditumbuh di luar negeri asal, Pokok Getah ditanam secara meluas di tanah-tanah jajahan British.

Permintaan yang tinggi terhadap getah bermula selepas berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah. Industri kereta contohnya amat memerlukan getah sebagai medium utama dalam pembuatan tayar. Bagi memenuhi permintaan ini, tanaman getah diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu. Pada awalnya, getah ditanam di halaman rumah Residen British Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak sebagai tanaman hiasan. Usaha ke arah perkembangan perusahaan getah telah dijalankan oleh Henry N. Ridley apabila beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura pada tahun 1888. Antara usaha penting yang telah dibuat oleh Ridley termasuklah meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran serta mengagihkan benih getah secara percuma. Henry Ridley seterusnya berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai, iaitu sistem menoreh secara ibidem atau seperti bentuk tulang ikan hering, yang tidak merosakkan pokok.

Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut, tayar basikal, dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah dan menyebabkan harga getah melambung tinggi. Akhirnya perusahaan getah menjadi perusahaan yang penting di Tanah Melayu. Perusahaan ini juga bertambah pesat kerana disokong oleh kemasukan modal asing, iaitu modal milik pelabur Eropah. Syarikat yang beribu pejabat di London telah membawa masuk modal melalui penubuhan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu. Antara syarikat perwakilan penting yang telah membuka ladang serta menguruskan eksport getah termasuklah Harrisons and Crosfield, Boustead Butterfly Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby.

Negeri

Tahun

1905

1906

1907

1908

1909

Perak

11,934

29,612

46,167

56,706

68,278

Selangor

25,758

44,821

61,552

82,246

93,953

Negeri Sembilan

5,718

10,663

17,656

27,305

31,945

Pahang

15

483

860

1791

2877

Keluasan kawasan tanaman getah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (dalam ekar)

Perluasan kawasan tanaman getah di Tanah Melayu adalah disebabkan dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada modal asing. Selain itu, kadar sewa tanah dan tarif cukai yang dikenakan kepada peladang yang mahu mengusahakan getah juga adalah rendah. British memberikan dividen sebanyak 5% kepada syarikat pengusaha getah pada tahun 1905, selain pengecualian cukai eksport selama 50 tahun.

Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan jalan kereta api turut disediakan oleh pihak British untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial ini dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran bagi memudahkan urusan golongan pengusaha, yang digelar sebagai golongan komprador kepada penjajah British. Kerajaan British juga membawa masuk pekerja asing yang kebanyakannya datang daripada selatan India untuk bekerja kerana gaji mereka yang murah. Pekerja asing ini dibawa masuk untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di lading-ladang getah. Perusahaan getah telah mengalami kemerosotan semasa Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia 1929-1933.

Tahun

Nilai (dalam pound sterling)

1929

50,785,000

1930

28,208,000

1931

13,806,000

1932

9,077,000

1933

14,253,000

1934

32,557,000

Jumlah eksport getah Tanah Melayu (1929-1934)

Harga getah jatuh secara berterusan bermula tahun 1920. Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan bagi menghalang harga getah daripada terus jatuh. Prinsip asas rancangan ini adalah untuk menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar. Rancangan Sekatan Stevenson ini dikuatkuasakan antara November 1922 hingga Oktober 1928. Nilai eksport getah mula kembali stabil selepas tahun 1934 disebabkan oleh permintaan dunia dan kawalan oleh negara pengeluar. – by Izzul Afiq.

selamat jalan.

posted by anak posmen chemor | Labels: , | Posted On Friday, December 24, 2010 at 12:08 AM

terima kasih. walaupun ungkapan itu tidaklah terbalas oleh jasamu. menemaniku dari sebesar dua tapak tanganmu. terima kasih kerana bersama keluargaku, sejak kelahiranku hingga saat kematianmu masih mahu bersama di rumahku. yang kau juga bina, tempat kita senda dan berduka. pemergianmu sangat tidak tertanggung oleh jiwaku, terlalu cepat. maafkan salah silapku, halalkan makan minumku, semoga tenang engkau di sana, di sisi Tuhan yang Maha Mencipta.



terima kasih untuk ucapan takziah dan kiriman al fatihah dari anda semua. semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah

be advised (:

posted by anak posmen chemor | Labels: | Posted On Saturday, December 4, 2010 at 5:23 PM


If you plant goodness, you will reap friends.

If you plant humility, you will reap greatness.

If you plant perseverance, you will reap victory.

If you plant consideration, you will reap harmony.

If you plant hard work, you will reap success.

If you plant forgiveness, you will reap reconciliation.

If you plant openness, you will reap intimacy.

If you plant patience, you will reap improvements.

If you plant faith, you will reap miracles.

But If you plant dishonesty, you will reap distrust.

If you plant selfishness, you will reap loneliness.

If you plant pride, you will reap destruction.

If you plant envy, you will reap trouble.

If you plant laziness, you will reap stagnation.

If you plant bitterness, you will reap isolation.

If you plant greed, you will reap loss.

If you plant gossip, you will reap enemies.

If you plant worries, you will reap wrinkles.

If you plant sin, you will reap guilt.

So be careful what you plant now,

It will determine what you will reap tomorrow,

The seeds you now scatter, Will make life worse or better,

your life or the ones who will comeafter.

Yes, someday, you will enjoy the fruits, or you will pay for the choices you plant today.

salam perantauan.

posted by anak posmen chemor | Labels: , | Posted On Saturday, October 9, 2010 at 5:54 AM


Aku bersabar tahap gaban bila duduk rumah, internet dengan kelajuan maksima 70kb/s sangat menganjing iman, walhal yang dibayar sama sahaja seperti yang di kota. Mungkin ini agenda Freemason untuk membuatkan orang kampung tak amik port sangat dengan video The Arrival dekat Youtube, wallahua'lam.

Chemor, satu pekan kecil dengan kepadatan penduduk mencecah 50,000 umat Muhammad (menurut uncle aku). Bukan kecik sangat lah bai, cuma aku masih suka dengan perkataan tu tanda ia masih belum berubah, walaupun hakikatnya jauh. Malapetaka 1 Malaysia menyerang habis-habisan kampung kecil ini, yang dulunya nyaman. Stadium Mini 1 Malayisa, Dewan Komuniti 1 -Malaysia, Pasar Chemor 1 Malaysia, dan lepas ni sama-sama kita doakan satu Tanah Perkuburan 1 Malaysia. Fenomena ini mudah dibaca sebabnya. Undi gerombolan susut teruk di peti undi Chemor. SB Umno di kampong aku pun memukul canang, bahawa gerombolan kini semakin risau mempertahankan Dun Manjoi, dengan kekuatan cawangan baru Pas Pekan Chemor.

Sayugia dalam hal ini, mempertahankan kerusi Dun di Perak yang dirampas kuasanya amatlah penting bagi melangsungkan politik gerombolan di Perak. Hisamuddin Rais meramalkan, dua negeri yang paling genting untuk Pilihanraya Umum akan datang ialah Perak dan Negeri Sembilan. Perak kerana rampasan kuasanya, dan Negeri Sembilan dengan kekuatan luar biasa PR di sana.

Chemor, sebenarnya pekan yang agak penting semasa perjuangan rakyat di era Jepun. aku pernah terbaca di dalam satu buku, tentang Ubi Kayu, seorang rakyat British mengingatkan Chemor sebagai ladang ubi kayu utama Tanah Melayu, sewaktu pendudukan Jepun. Sampai sekarang, org masih lagi menanam ubi kayu di tepian jalan, cuma tidak segah dulu. Chemor juga merakam kenangan manis, dengan melahirkan anak Melayu pertama yang mempunyai lesen kapal terbang, iaitu allahyarham Lt Col Abdul Jalil Shamsuddin, juga nenda saudara aku.

Kini Chemor sangat sibuk, menampung penghuninya yang semakin ramai. dan aku masih berbelah bahagi mencari beza kampungku dan tempat tinggalku -_-


saat kematian

posted by anak posmen chemor | Labels: , | Posted On Monday, September 27, 2010 at 9:40 PM


Sesaat setelah rohku berpisah dengan jasad, yakni ketika aku mulai memasuki alam kehidupan yang baru, apakah aku dapat tersenyum menjumpai para malaikat yang memberikan salam dan bertanya padaku::
  1. Wahai anak Adam, engkaukah yang meninggalkan dunia atau dunia yang meninggalkanmu?
  2. Wahai anak Adam, engkaukah yang merengkuh dunia, atau dunia yang merengkuhmu?
  3. Wahai anak Adam, engkaukah yang mematikan dunia, atau dunia yang mematikanmu?
Ketika jasadku diletakkan menunggu dimandikan, mampukah aku menjawab pertanyaan yang diajukan malaikat kepadaku:
  1. Wahai anak Adam, di manakan tubuhmu yang kuat itu, mengapa kini engkau tidak berdaya?
  2. Wahai anak Adam, di manakah lisanmu yang lantang dulu, mengapa kini engkau terdiam?
  3. Wahai anak Adam, di manakah orang-orang yang dulu mengasihimu, mengapa kini mereka membiarkanmu tergeletak sendirian tanpa daya ?
Sewaktu mayatku dibaringkan diatas kain kafan, siap dibungkus, mampukan aku menuruti apa yang dikatakan malaikat :
  1. Wahai anak Adam, bersiaplah! Engkau akan pergi jauh dari sini tanpa membawa bekal!
  2. Wahai anak Adam, tinggalkan rumahmu dan jangan berharap dapat kembali!
  3. Wahai anak Adam, naikilah tandu itu untuk yang terakhir kalinya!
Tatkala jenazahku dipikul diatas keranda, sanggupkah aku bersikap anggun layaknya seorang raja yang di tandu prajurit, ketika malaikat berseru kepadaku:
  1. Wahai anak Adam, berbahagialah jika engkau termasuk orang-orang yang bertobat
  2. Wahai anak Adam, berbahagialah apabila selama didunia engkau selalu taat pada perintah Allah dan Rasul-Nya!
  3. Wahai anak Adam, berbahagialah jika yang menjadi teman abadimu di alam kubur nanti adalah ridha Allah, akan tetapi celakalah enagkau apabila teman abadimu adalah murka Allah!
Ketika aku di baringkan untuk dishalati, akankah diriku mampu bersikap manis tatlaka malaikat berbisik ditelingaku:
  1. Wahai anak Adam, semua perbuatan yang telah engkau lakukan akan engkau lihat kembali.
  2. Wahai anak Adam, apabila selama ini engkau tenggelam dalam amal soleh, maka bergembiralah.
  3. Wahai anak Adam, apabila selama ini engkau tenggelam dalam kemaksiatan menuruti hawa nafsu, maka sambutlah penderitaan pedih sebagai akibat dari keenggananmu menjauhi larangan-Nya!
Sewaktu jasadku berada di tepi kubur siap untuk diturunkan ke liang lahat, akankah lidahku lancar menjawab pertanyaan malaikat yang berbisik:
  1. Wahai anak Adam, kedamaian apakah yang engkau bawa untuk menempati rumah cacing ini?
  2. Wahai anak Adam, cahaya apakah yang engkau bawa untuk menerangi rumah yang gelap ini?
  3. Wahai anak Adam, siapakah yang akan menemanimu di dalam penantian panjang ini?
Tatkala aku sudah diletakkan di liang lahat, masih mampukah aku tersenyum menjawab ucapan selamat datang yang disampaikan bumi kepadaku:
  1. Wahai anak Adam, ketika berada di punggungku engkau kerap bergelak tawa. Kini setelah berada di perutku apakah engkau masih akan tertawa atau menangis menyesali diri?
  2. Wahai anak Adam, ketika berada di punggungku engkau kerap bergembira ria, kini setelah berada di perutku apakah kegembiraan itu masuh tersisa atau akan menenggelamkanmu dalam duka nestapa?
  3. Wahai anak Adam, ketika berada di punggungku engkau pintar bersilat lidah, akankah engkau tetap bernyanyi atau diam seribu bahasa bergelut dengan penyesalan?
Setelah aku sendiri terbujur kaku dihimpit bumi tanpa daya dalam liang lahat, sementara sanak keluargaku beserta teman-teman karibku semua kembali ke rumahnya masing-masing, bagaimanakah kecemasan yang akan menguasai diriku ketika Allah SWT berfirman: “Wahai hamba-Ku, sekarang engkau sudah terasingkan sendirian. Mereka telah pergi meninggalkanmu dalam kesempitan dan kegelapan. Padahal semasa hidupmu engkau membangkang tidak mentaati-Ku semata-mata untuk kepentingan mereka. Balasan apakah yang telah engkau peroleh dari mereka? Dan tahukah engkau balasan apa yang akan engkau terima dari-Ku?”

cerita rambut

posted by anak posmen chemor | Labels: | Posted On Sunday, September 26, 2010 at 8:12 AM



Rambut, dalam banyak-banyak isu merupakan benda paling aku amik berat dalam hidup. Tak tahu kenapa, tp pantanglah orang nak tegur. Kalau nak tegur sebab rajin malas, dosa pahala, halal haram, itu aku tak heran. Sebab pada aku, berambut panjang (baca : kemas ) tidak pernah mengubah tinggi rendah saham bskl, apatah lagi turun naik harga minyak dunia.

Aku, dan kisah berambut panjang bukan perkara baru. Mungkin, tahap panjang rambut aku di sekolah tidak sama dengan panjang rambut harini, tapi isu tetap sama. Kalau zaman sekolah, cikgu-cikgu merasa mencantas rambut aku masa perhimpunan, di kolej Dekan aku selamba memotong rambut aku sebelum peperiksaan akhir semester. dan aku akan terus berambut panjang, dan mereka akan terus bersikap jijik dan memandang hina, dan aku akan terus berambut panjang, dan mereka akan terus mendenda dan mengambil tindakan, dan aku akan terus berambut panjang.

Kolot sesuatu bangsa dan ketamadunan, banyak terletak kepada tahap keilmuan orang-orang yang menduduki dan merayakan bangsa tersebut. Sekiranya bangsa itu hanya membaca buku sukatan KBSR dan KBSM, lulus SPM dan masuk IPTA, menurut perintah HEP, lulus segulung Ijazah dan berkerja, maka idea merdeka hanya akan tertumpu pada tarikh 31 Ogos, yang berusaha untuk merdeka ialah UMNO (baca : Tunku), negara ini ialah hak milik Melayu dan sekaligus merasakan rambut panjang mewakili generasi jalanan, perlu dipandang jijik kerana kita bangsa yang kemas dan berdisiplin.

Sampai bila-bila pun, aku tetap akan berambut sebegini. Selagi berambut panjang tidak dihukum dengan mana-mana Kanun Keseksaan, atau menjadi syarat untuk masuk ke masjid, atau hatta umat akhir zaman akan lebih taksub melebel manusia berambut panjang sebagai seorang Freemason, aku akan tetap begini.

Kerana rambut, tidak pernah menentukan tinggi letak syurga neraka umat Muhammad !

Double Your Internet Browsing Speed on Firefox

posted by anak posmen chemor | Labels: | Posted On Monday, September 20, 2010 at 6:11 AM


There have been tons of Firefox hacks out there that have been covered to death, but we've recently taken some time out and run a side-by-side comparison on a couple of identical computers from the shop we had laying around. What did we find? You can essentially double your browsing speed if you're currently on a broadband connection if you just run a few simple tweaks. We have a set of three. That's not too many for you, right? Now let's get started.

Basically, what we found is that Firefox tends to eat a lot of RAM in exchange for quicker launching and handling of the browser. It's a pretty steep trade-off, and for those of us with tons of RAM and a broadband connection usually end up seeing no difference or at times, even slower performance than if these restrictions weren't enabled by default. Here's how to take them off and harness the full power of Firefox:

Reduce the amount of RAM Firefox uses for it’s cache feature

Try this:

1) Type “about:config” (no quotes) in the address bar in the browser.
2) Find “browser.sessionhistory.max_total_viewers”
3) Set it’s value to “0“;(Zero)

Increase the Speed in Which Firefox loads pages

1) Type “about:config” into the address bar and hit Enter. (Normally the browser will make one request to a web page at a time. When you enable pipelining it will make several at once, which really speeds up page loading.)

2) Alter the entries as follows:
Set “network.http.pipelining” to “true”
Set “network.http.proxy.pipelining” to “true”
Set “network.http.pipelining.maxrequests” to some number like 10.

This means it will make 10 requests at once.

3) Lastly, right-click anywhere and select New->Integer. Name it “nglayout.initialpaint.delay” and set its value to “0“;.(Zero)

This value is the amount of time the browser waits before it acts on information it receives. If you’re using a broadband connection you’ll load pages faster now.

Optionally (for even faster web browsing) here are some more options for your about:config (you might have to create some of these entries by Right Click –> New– >Interger or String

“network.dns.disableIPv6”: set “false”
“content.notify.backoffcount”: set “5”; (Five)
“ui.submenuDelay”: set “0”; (Zero)


Reduce RAM usage to 10mb when Firefox is minimized

This little hack will drop Firefox’s RAM usage down to 10 Mb when minimized:

1) Open Firefox and go to the Address Bar. Type in about:config and then press Enter.
2) Right Click in the page and select New -> Boolean.
3) In the box that pops up enter “config.trim_on_minimize”. Press Enter.
4) Now select True and then press Enter.
5) Restart Firefox.

These simple tweaks will make your web browsing with Mozilla Firefox at least twice as fast and it's a pretty simple thing anybody can do. Enjoy and let us know if these steps helped you!

http://www.unplggd.com/unplggd/how-to/how-to-double-your-internet-browsing-speed-on-firefox-074649