salam perantauan.

posted by anak posmen chemor | Labels: , | Posted On Saturday, October 9, 2010 at 5:54 AM


Aku bersabar tahap gaban bila duduk rumah, internet dengan kelajuan maksima 70kb/s sangat menganjing iman, walhal yang dibayar sama sahaja seperti yang di kota. Mungkin ini agenda Freemason untuk membuatkan orang kampung tak amik port sangat dengan video The Arrival dekat Youtube, wallahua'lam.

Chemor, satu pekan kecil dengan kepadatan penduduk mencecah 50,000 umat Muhammad (menurut uncle aku). Bukan kecik sangat lah bai, cuma aku masih suka dengan perkataan tu tanda ia masih belum berubah, walaupun hakikatnya jauh. Malapetaka 1 Malaysia menyerang habis-habisan kampung kecil ini, yang dulunya nyaman. Stadium Mini 1 Malayisa, Dewan Komuniti 1 -Malaysia, Pasar Chemor 1 Malaysia, dan lepas ni sama-sama kita doakan satu Tanah Perkuburan 1 Malaysia. Fenomena ini mudah dibaca sebabnya. Undi gerombolan susut teruk di peti undi Chemor. SB Umno di kampong aku pun memukul canang, bahawa gerombolan kini semakin risau mempertahankan Dun Manjoi, dengan kekuatan cawangan baru Pas Pekan Chemor.

Sayugia dalam hal ini, mempertahankan kerusi Dun di Perak yang dirampas kuasanya amatlah penting bagi melangsungkan politik gerombolan di Perak. Hisamuddin Rais meramalkan, dua negeri yang paling genting untuk Pilihanraya Umum akan datang ialah Perak dan Negeri Sembilan. Perak kerana rampasan kuasanya, dan Negeri Sembilan dengan kekuatan luar biasa PR di sana.

Chemor, sebenarnya pekan yang agak penting semasa perjuangan rakyat di era Jepun. aku pernah terbaca di dalam satu buku, tentang Ubi Kayu, seorang rakyat British mengingatkan Chemor sebagai ladang ubi kayu utama Tanah Melayu, sewaktu pendudukan Jepun. Sampai sekarang, org masih lagi menanam ubi kayu di tepian jalan, cuma tidak segah dulu. Chemor juga merakam kenangan manis, dengan melahirkan anak Melayu pertama yang mempunyai lesen kapal terbang, iaitu allahyarham Lt Col Abdul Jalil Shamsuddin, juga nenda saudara aku.

Kini Chemor sangat sibuk, menampung penghuninya yang semakin ramai. dan aku masih berbelah bahagi mencari beza kampungku dan tempat tinggalku -_-


Comments:

There are 2 yang membina for salam perantauan.

Post a Comment