cerita rambut

posted by anak posmen chemor | Labels: | Posted On Sunday, September 26, 2010 at 8:12 AM



Rambut, dalam banyak-banyak isu merupakan benda paling aku amik berat dalam hidup. Tak tahu kenapa, tp pantanglah orang nak tegur. Kalau nak tegur sebab rajin malas, dosa pahala, halal haram, itu aku tak heran. Sebab pada aku, berambut panjang (baca : kemas ) tidak pernah mengubah tinggi rendah saham bskl, apatah lagi turun naik harga minyak dunia.

Aku, dan kisah berambut panjang bukan perkara baru. Mungkin, tahap panjang rambut aku di sekolah tidak sama dengan panjang rambut harini, tapi isu tetap sama. Kalau zaman sekolah, cikgu-cikgu merasa mencantas rambut aku masa perhimpunan, di kolej Dekan aku selamba memotong rambut aku sebelum peperiksaan akhir semester. dan aku akan terus berambut panjang, dan mereka akan terus bersikap jijik dan memandang hina, dan aku akan terus berambut panjang, dan mereka akan terus mendenda dan mengambil tindakan, dan aku akan terus berambut panjang.

Kolot sesuatu bangsa dan ketamadunan, banyak terletak kepada tahap keilmuan orang-orang yang menduduki dan merayakan bangsa tersebut. Sekiranya bangsa itu hanya membaca buku sukatan KBSR dan KBSM, lulus SPM dan masuk IPTA, menurut perintah HEP, lulus segulung Ijazah dan berkerja, maka idea merdeka hanya akan tertumpu pada tarikh 31 Ogos, yang berusaha untuk merdeka ialah UMNO (baca : Tunku), negara ini ialah hak milik Melayu dan sekaligus merasakan rambut panjang mewakili generasi jalanan, perlu dipandang jijik kerana kita bangsa yang kemas dan berdisiplin.

Sampai bila-bila pun, aku tetap akan berambut sebegini. Selagi berambut panjang tidak dihukum dengan mana-mana Kanun Keseksaan, atau menjadi syarat untuk masuk ke masjid, atau hatta umat akhir zaman akan lebih taksub melebel manusia berambut panjang sebagai seorang Freemason, aku akan tetap begini.

Kerana rambut, tidak pernah menentukan tinggi letak syurga neraka umat Muhammad !

Comments:

There are 5 yang membina for cerita rambut

Post a Comment